Monday, 2 April 2012

Aku Yang Lupa




Perkara Yang Menghairankan

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya..

Berkasihlah denganNYA




Allah Berfirman :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (ya Muhammad) tentang Aku (jauh atau dekat), maka sesungguhnya Aku amat hampir, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia bedoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka... memperkenankan bagi-Ku (mentaati perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka berada dalam kebenaran (mendapat petunjuk Allah) .
(Surah Al-Baqarah : 186)

Sunday, 1 April 2012

Tentang Kiamat

 

Hari Kiamat

Surah Al-Qiyamah (Hari Kiamat)
Terjemahan Dalam Bahasa Melayu..

Bismillahi al-Rahman al-Rahim
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
75-1: Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
... 75-2: Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3: Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4: Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
75-6: Dia bertanya: “Bilakah hari kiamat itu?”
75-7: Maka apabila mata terbelalak.
75-8: Dan apabila bulan hilang cahayanya.
75-9: Dan matahari dan bulan dikumpulkan.
75-10: Pada hari itu manusia berkata: “Ke mana tempat lari?”

75-11: Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
75-12: Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh.
75-13: Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
75-14: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri1.
75-15: Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran.
75-16: Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
75-17: Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
75-18: Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
75-19: Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.
75-20: Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
75-21: Dan meninggalkan akhirat.
75-22: Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
75-23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.
75-24: Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
75-25: Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.
75-26: Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
75-27: Dan dikatakan: “Siapakah yang dapat menyembuhkan?”
75-28: Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
75-29: Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan)2.
75-30: Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
75-31: Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat.
75-32: Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
75-33: Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
75-34: Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-35: Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah3.
75-36: Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?
75-37: Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan?
75-38: Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
75-39: Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
75-40: Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?

Di sini Allah SWT menceritakan bahawa ada dikalangan manusia yang tidak menerima ataupun tidak percayakan pada hari Akhirat nescaya azab yang bakal menimpa.Di waktu itu wajah mukminin berseri-seri manakala wajah-wajah orang kafir menjadi muram mengenangkan azab yang bakal menimpa. Di dalam surah Allah SWT mengutuk orang-orang kafir sebanyak 4 kali, iaitu

1. Pada saat ia akan mati
2. ketika ia di dalam kubur
3. pada waktu hari dibangkitkan
4. di dalam Neraka Jahanam

Di dalam surah ini juga, Allah SWT menekankan tentang solat, iaitu pada ayat ke 31. Rata-rata zaman sekarang sememangnya ramai di antara kita sudah lalai untuk menunaikan solat. Di sini bukannya aku ingin meninggi diri ataupun bongkak, tapi sebagai umat Islam kita seharusnya mengingati dan menasihati antara satu sama lain.

Syaitan Itu...


Jangan penat mengajak ke arah kebaikan, kerana syaitan tidak pernah penat mengajak ke arah kejahatan, malaikat tidak pernah cuti atau jemu mencatat kebaikan.

 

"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Motivasi Diri

 
 
 
motibasi VS motivasi

1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"

2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."
...
4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman kau."

Bagaimana dengan UMUR...

 
 
UMUR KITA... KEMANA KITA HABISKAN??
UMUR KITA... KEMANA KITA HABISKAN??

Rata-rata manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti), beruntung yg diberikan umur panjang dan dimanfaatkan sisa umurnya.

Baligh: Mula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buru...knya selama hidup di dunia?

Laki-laki Baligh = 15 tahun
Wanita Baligh = 12 tahun

Usia Yang tersisa untuk kita beribadah kepada-Nya kita pukul rata dengan rumus:
MATI-BALIGH= sisa USIA ?????..65-15= 50 tahun

Lalu 50 tahun ini digunakan untuk apa?
Mari kita perhatikan kemanakah usia kita dihabiskan:
Catatan: 50 tahun=
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam sehari semalam

Mari kita telaah bersama.

Waktu kita tidur = 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun, 7 bulan??
(digenapkan jadi 17 tahun)

Logiknya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya?

Catatan: Yang lebih bermasalah lagi bagi mereka yang malas, boleh jadi tidur 12 jam/hari = 25 tahun habis tertidur!!!

Hati-hati dengan penyakit MALAS?

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai aktiviti: 18250 hari x12 jam=219000 jam= 25 tahun

Aktiviti disiang hari : Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan sebagainya.

Waktu aktiviti santai atau rilex = 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai rileks 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Realisasi rileksi: biasanya tengok tv sambil minum kopi, ada pula yang belajar mati-matian/ buat tesis, buat ujian, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan??

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun lebih kurang
Tidur?? Berhayal? Nganggur?

Lalu bila Ibadahnya?
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk mencabut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurgakah atau Nerakakah kita bakal ditempatkan?
Memang benar! kuliah itu ibadah, kalau niat kuliahnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan niat kita kuliah kerana mau ijazah, bakal nanti bekerja agar mudah mencari nafkah?

Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Orang kita bekerja pagi petang siang malam, banting tulang banting orang, tujuan utamanya cari wang buat beli barang-barang biar dipandang orang-orang?
jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya ?
Pernah kita membaca bismillah saat hendak berangkat kuliah?? tapi sayang hanya sekadar pernah?

Pernah kita berniat mulia saat hendak mencari nafkah, tapi semuanya terlupa ketika melihat gemerlapnya dunia.

Lalu bilakah ibadahnya?
Oh mungkin masa solat yang 5 waktu itu dianggap cukup ?!
Kerana kita pikir; solat begitu besar pahalanya, solat amalan yang dihisab paling pertama, solat jalan untuk membuka pintu syurga???Kenapa kita harus cukup kalau ibadah kita hanyalah solat kita !?

Berapa solat kita dalam 50 tahun ?

1 kali solat = 10 menit ?..5 kali solat = 1 jam. Ini anggaran yg panjang, sebenarnya solat kita mungkin 2 atau 3 minit saja,
Ya...hanya kita yg tahu.. tetapi Allah maha tahu...
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai solat=18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun ini dengan sangka baik bahawa semua solat kita diterima oleh Allah swt.

Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat????

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita?...
Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima..

Dan sekiranya solat kita selama 2 tahun berpahala rasa-rasanya tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama baki 48 tahun; dalam ucap kata kita yang selalu dusta, baik yang terasa maupun yang di sengaja, dalam ucap kata kita yang selalu cerca terhadap orang tua, dalam harta kaya kita yang selalu bakhil terhadap orang faqir, dalam setiap tingkah laku kita yang selalu bergelimang dosa.

Logik dari logiknya:
Bukan satu yang tidak mungkin kita umat di akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak waktu yang terbuang begitu saja selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana. Seandainya begini umur yang dilalui, apakah alasan kita untuk masuk syurga Allah???

Tiada kata terlambat walaupun waktu bergerak cepat, isilah dengan sesuatu yang bermanfaat...
Jangan di tunda-tunda lagi....
Ingatlah,..
Malaikat maut akan datang kepada siapa saja, dimana saja dan bila bila masa saja. Akhirat adalah tujuan kita yang terakhir !
Apakah kita sudah siap sedia menyambut malaikat maut bila bila saja dan dimana saja ?

Fikir fikirkanlah..

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

Wallahu a'lam...

Aku Bukan Sempurna

 
 
 
 
••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya ...lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??