Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur RASUL 1434H



Dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah, dan diberi nama, Muhammad bin Abdullah.yang ketika itu, tiada satu pun bangsa arab yang memberi nama semulia itu.dalam erti kata, (yang mulia). sejak awal kelahiran baginda lagi, pelbagai peristiwa pelik berlaku,runtuhan istana kisra di parsi, mekah diterangi cahaya putih, api sembahan majusi yang marak menyala beribu tahun terpadam begitu sahaja, dan setiap langkah nabi akhir zaman ini dinaungi awan. Itulah sedikit cerita ringkas sirah nabi kita, nabi Muhammad.

Namun, berapa ramaikah yang mengenali insan mulia ini berbanding buah hati masing-masing?? berbanding artis-artis?? berbanding pemain bola sepak??

Agak malu bila kita fikirkan balik, apabila manusia paling mulia ini. Kita tidak kenali. Tidak kita tahu asal sejarah keturunan baginda tetapi.. hakikat yang nyata, kita lebih malu apabila kita tidak mengenali siapa artis popular sekarang dan pemain bola sesuatu kelab. itu yang lebih kita malu berbanding nabi kita!!

Hairan bukan?? tidakkah kita tahu, nabi Muhammad lah paling layak berada di hati kita berbanding segalanya (selain Allah). walau ibu bapa kita. kenapa pula?? mungkin ada yang mengatakan bahawa, ibu bapa lah yang selayaknya berada di hati kita berbanding nabi Muhammad kerana ibu yang melahirkan kita bertarung nyawa.

Tapi kita lupa, tanpa Rasulullah, ibu kita ini bukan islam.dan kita turut bukan islam!! jadi siapakah yang layak di hati kita??

Berbanding jasa seorang ibu dengan jasa Rasulullah, tinggi lagi jasa baginda.baginda lah yang membawa perubahan di dunia ini, bagindalah yang memberi kita, ibu kita,datuk dan moyang kita hidup dalam keadaan di redhai Allah dan baginda jugalah yang menyuruh agar kita taat pada ibu bapa kita.

Ramai yang tahu, siapa itu Muhammad bin Abdullah. tapi tak semua yang kenal, siapakah itu. Marilah saya membawa sedikit kisah nabi yang menjadi kesayangan kita selama ini.dimana zaman kini, umat islam semakin di hina dan diinjak-injak maruah bagaikan tiada pembelaan.nabi Muhammad dihina di merata tempat oleh orang kafir laknat.

Sebenarnya apa yang berlaku pada zaman ini, telah pun berlaku di zaman nabi segalanya telah kembali ke zaman ini.dari cara pakaian, hiburan, seksaan dan penghinaan. jika pada zaman ini, ramai perempuan berpakaian mendedahkah sebahagian atas dadanya agar menarik perhatian lelaki walhal pada zaman nabi lagi pakaian seperti itu telah wujud.

Manakala, penghinaan terhadap nabi juga telah berlaku pada zaman nabi masih hidup lagi.bahkan lebih teruk lagi berbanding sekarang. Bayangkan ketika itu, umat islam masih lemah, tidak punyai kekuatan yang ramai untuk melawan dan pertahan kan nabi. Penghinaan yang terjadi pada Rasulullah terlalu banyak. Namun nabi hanya bersabar kerana baginya, dirinya tidak penting. yang penting hanyalah agama islam.

Maka...penghinaan bermula dengan hanya kata-kata kesat dilontarkan kepada nabi Muhammad.segala ejekan dilontarkan kepada nabi.setelah tidak puas hati, mereka menghasut budak-budak nakal melontarkan batu kepada nabi sehingga terluka kaki nabi.

Tidak cukup dengan itu, sekumpulan pembesar Quraisy berkumpul di hujung memerhati nabi sedang solat. Abu jahal mencabar sesiapa yang berani meletakkan usus dan perut unta ke kepala nabi ketika sedang sujud. lalu sahut seorang dan terus melakukan perbuatan zalim itu. terbahak-bahak mereka ketawakan nabi Muhammad.

Nabi hanya bersabar dengan tingkah laku mereka. Malah, ada ketikanya seorang kaum Quraisy memijak leher nabi ketika sedang sujud dan menekan-nekan sehingga nabi hampir mati.

Namun nabi tetap bersabar. Tak cukup dengan itu, mereka membuang najis, sampah dan segala kotoran dari tubuh binatang ke hadapan rumah nabi, sampaikan berbau busuk. Namun nabi tetap bersabar dan baginda sendiri membersihkannya.sampaiakn Allah begitu murka dan mengirimkan malaikat jibril serta malaikat-malaikat penjaga gunug dan bukit untuk menghancurkan mekah. Namun, nabi sekali lagi bersabar dan memohon agar zuriat mereka beriman kepada Allah.

Lihatlah wahai umat Muhammad.. betapa sabarnya baginda dengan umatnya yang menghina baginda.lebih dasyat dan hina berbanding zaman ini. namun, nabi tetap bersabar kerana agama Allah itu lebih penting. baginda tahu, satu hari nanti akan muncul orang-orang yang beriman dalam kalangan zuriat mereka nanti.

Subhanallah... sesungguhnya peribadi Muhammad ini tidak mampu diikuti umat-umatnya.



Pernah satu ketika jibril bertanya kepada nabi Muhammad."wahai Muhammad.antara aku dan engkau, siapakah yang lebih mulia??"
nabi menjawab,"aku! kerana engkau diturunkan kerana aku."
jibril bertanya lagi,"wahai Muhammad antara Al-Quran dan kau, siapa lebih mulia??"
nabi menjawab."aku! kerana al-Quran diturunkan kerana aku."
jibril masih bertanya."wahai pesuruh Allah.antara kau dan agama Islam, siapa yang lebih mulia??"
nabi menjawab,"Islam! kerana aku diutuskan kerana Islam."

Jadi, jelaslah disini...bahawa agama islam itu tersangatlah penting kerana tanpa agama islam, tiada gunanya hidup didunia ini. Sedangkan nabi Muhammad yang paling mulia itu pun, berada di bawah darjat agama Islam.

Kerana itulah, nabi berpesan. orang yang syahid adalah orang yang mempertahankan agama Islam dan Allah. nabi tak kata pun mempertahankan dirinya.jadi.....Kerana itulah nabi sanggup bermati-matian menegakkan agama Allah ini.kerana kemuliaan Islam itu sendiri.

Cintanya nabi kepada kita, bukanlah seperti cintanya ibu kepada anaknya. malah, lebih daripada itu. sampaikan saat kewafatan nabi pun, baginda masih menyebut umatnya. Begitu kasihnya baginda pada kita semua. separuh kesakitan sakaratulmaut ditanggung nabi Muhammad.dan baginda tidak akan masuk syurga melainkan semuanya telah masuk. Baginda akan menunggu di luar pintu syurga sampailah orang terakhir yang akan masuk ke syurga. Malah, di padang masyar kelak, baginda akan memberi syafaat kepada umatnya yang dalam kesusahan mengikut redha Allah.

Kerana, setiap rasul mempunyai satu doa yang 'confirm' makbul.dan setiap rasul telahpun gunakannya untuk membinasakan kaum mereka.hanya nabi Muhammad yang masih memiliki doa ini untuk menolong umatnya di akhirat kelak yang dikenali sebagai syafaat.begitu sayangnya baginda kepada kita sampaikan hendak masuk ke syurga pun,.baginda masih lagi mencintai kita.....

Tetapi kita?? tidak langsung mengingatinya.malah menghina baginda. walhal di akhirat kelak, kepada bagindalah kita akan merayu memohon pertolongan. malulah wahai manusia...MALULAH!!


Cintailah nabi Muhammad kerana dialah yang membantu kita. sayangilah nabi Muhammad kerana baginda sanggup menangis,sakit dan terseksa demi umatnya....

aduhai muslimin muslimat.......!!
bangkitlah!!
perjuangkan hak islam dan teruskan perjuangan nabi Muhammad !!

kerana nabi Muhammad, telah berkorban setiap saatnya untuk islam dan kita semua...

cintanya baginda kepada kita sampaikan baginda menjamin kesejahteraan kita dengan berpegang pada al-Quran dan sunnah.selama mana kita berpegang pada itu,kita tak akan sesat selamanya.........

wahai Muhammad kekasih Allah... selawat ke atas kamu...junjungan yang terpuji....amin..

No comments:

Post a Comment