GALERI





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur: 2)



Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampoun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)



Firman Allah SWT: “Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan (di dunia dan di Akhirat).” (Al Maidah: 35)



Antara tanda-tanda hati telah rosak: selalu menderita dengan dunia seperti bersedih dengan miskin, susah hati apabila orang kata, menderita tidak dapat pangkat, dukacita suami tidak melayan kehendak-kehendak hati. Tetapi denga dosa dan dengan akhirat tidak menderita.
Sabda Rasulullah SAW: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)



Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.” (Surah As Syams: 9-10)


Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kesihan dengan orang itu...


Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah: 40)



Firman Allah SWT: Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka.” (Surah Ali Imran: Ayat 191)



Firman Allah: "Mereka-mereka yang apabila membelanjakan harta mereka, tidaklah sampai mereka itu membuang-buang sampai membazir dan tidak pula mereka menahan hartanya sampai menjadi bakhil, tetapi diletakkan di pertengahan antara itu." (Al Furqan : 67) "Janganlah kamu menjadikan tangan kamu terbelenggu ke lehermu (bakhil) dan jangan pula membuka dengan cara yang seluas-luasnya (membazir)." (Al Isra' : 29)




Wahai jiwa! Bila lagi engkau hendak merasa bertuhan. Atas dasar ilmu engkau percaya. Tapi jiwamu tidak terasa Tuhan ada. Justeru itulah ke mana engkau pergi. Takut dengan Tuhan tidak ada. Padahal Dia telah berpesan takutkanlah akanNya di mana saja berada. Apabila rasa bertuhan tidak ada pada jiwamu. Sudah tentu rasa takut kepada Tuhan tidak ada. Rasa dilihat, rasa didengar, rasa diketahui, rasa dikuasai pasti tidak merasa. Wahai jiwa! Bila lagi engkau hendak merasakan Allah itu Besar, Agung dan patut dicintai. Bila lagi engkau hendak khusyuk mengingati-Nya?! Kebesaran Allah kan terserlah, mengapa tidak terasa?! Kekuasaan Allah bukankah nampak dilihat, mengapa tidak gerun?! NikmatNya berlaku setiap detik, tidak nampakkah agar bersyukur?! Bila lagi wahai jiwa engkau hendak memandang tembus?! Bila lagi?! Bila lagi?! Masa tidak menunggu kita! Dia tetap berjalan terus. Kalau kamu mati di dalam jiwamu lalai. Kamu tidak termasuk jiwa yang dipanggil oleh Tuhan: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” - Al Fajr: 27 - 30 Apabila engkau tidak dipanggil oleh Tuhan. Syurga tidak ada ruangan untukmu. Nerakalah bagimu, waliyazubillah



Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah yang datang pada hari Qiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia juga pernah mencaci, menuduh orang buat jahat, dan mengambil hak orang. Dia juga pernah menumpahkan darah (membunuh orang) atau sekurang-kurangnya memukul. Oleh itu pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu satu persatu. Dan kalau pahalanya tidal cukup, dosa-dosa orang itu pula diberikan kepadanya (jadilah ia muflis) dan akan dijerumuskan ke dalam Neraka. (Riwayat Muslim)



Sama ada engkau mahu pulang atau tidak mahu Engkau akan dipaksa pulang Kerana negara asalmu adalah Akhirat Di dunia hanya sebagai berdagang Untuk mencari bekal dan kekayaan Allah memberi peluang kamu mencari bekal sebanyak-banyaknya Agar kamu senang di Akhirat Tapi perlu ingat Jangan sampai mencari barang-barang larangan Barang-barang larangan tidak dibenarkan membawa pulang Sesiapa yang melakukannya pasti dihukum Mampukah kita menerima hukuman? Hukumannya adalah api Neraka Juga dibelasah, dicemeti dan didera Oleh malaikat Rabbaniah Sangat garang dan bengisnya Ada yang kekal di dalamnya, wal-’iyazubillah Dan ada yang dihukum beribu-ribu tahun Aduh sengsaranya, aduh deritanya Mampukah kita menerimanya?! Masing - masing boleh menjawabnya..............



Nabi s.a.w. bersabda: Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat perkara: 1.Umurnya digunakan apa sampai habis. 2.Dan badannya dalam apa ia rosakkan. 3.Dan ilmunya bagaimana dipergunakan. 4.Dan hartanya dari mana ia dapat dan ke mana ia keluarkan. Dari Mu'az bin Jabal r.a
Firman Allah: Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang di langit dan yang di bumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah) An Namhl 87.








Bismillahirrahmanirrahim; “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”



Sekadar perkongsian...



Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perasaan riak, ujub dan takabbur. Amin...





Renung jangan sampai termenung...



Sekadar perkongsian:

Manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Balik rumah nanti, bila jumpa ibu/isteri, kucup dahi mereka dan katakan "Saya sayang ibu/awak kerana Allah..." Boleh?


Baginda Rasulullah SAAW kerap membawa Ummul Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi SAAW pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama. Mafhum hadis (Riwayat Muslim)

Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?





SEMERA FC, bersama memartabatkan mutu bola sepak negara...menghilangkan kepenatan di tempat kerja dengan mencari jalan beriadah dan berseronok bersama rakan-rakan yang lain...


PSKPP futsal bersama penaung merangkap pengerusi SEMERA FC..brother HIM



Acara sukan tahunan SMKCS tetap setia menunggu acara dimulakan...


Abang Lim otai SMKCS..ANNE punya orang vs PIUS


No comments:

Post a Comment