Melonjak pendidikan vokasional
BANGI - Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta 11 tindakan bagi meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar dan melonjakkan pendidikan vokasional agar setaraf dengan negara maju dilancarkan hari ini.
Ia dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan serentak dengan itu, sebanyak 15 sekolah menengah vokasional di setiap negeri dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional berkuatkuasa tahun ini.
Melalui pelan transformasi tersebut, pendidikan vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua, sebaliknya ia menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program bercorak pekerjaan sebagaimana dilaksana negara maju.
Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pendidikan vokasional di Malaysia perlu melalui perubahan besar dengan segera kerana jika tidak dilakukan, negara dibimbangi menjadi tidak kompetitif di peringkat global serta akan terus ketinggalan.
"Kejayaan pendidikan di Malaysia perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik semata-mata, tetapi perlu ada definisi baru kepada kejayaan tersebut iaitu melalui bidang teknikal serta vokasional.
"Ini kerana kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.
"Jadi dalam memenuhi aspirasi ini, transformasi pendidikan vokasional adalah laluan penting ke arah melahirkan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa serta mampu menghadapi saingan global," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan di Institut Jerman Malaysia, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.
Sempena majlis itu juga satu perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelajaran dengan 11 rakan strategik merangkumi pihak industri, agensi awam dan swasta, institut pengajian tinggi awam serta swasta telah ditandatangani.
Menurut Muhyiddin jalinan kerjasama antara kementerian dengan rakan strategik itu akan memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar kerana ia melibatkan perkongsian teknologi serta kepakaran.
"Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil untuk bersama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku.
"Kerjasama ini amat penting kerana dengan kepakaran serta kemudahan yang ada pada kedua-dua belah pihak, ia boleh mengelak berlakunya masalah ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan industri latihan kemahiran," katanya.
Kemalangan
1. I got this email from my colleague, it has been a while, might as well you already read this email, but in case you didn't, this is something you need to stop and ponder. I will comment a bit about this road safety email based on my observation.
2. Introduction: A truck was traveling down the highway at around 1 o'clock in the morning near Tulsa, Oklahoma. Motorcyclist was traveling at about 120mph (180km/h) and ran into the back of the moving semi-truck. Truck driver said he felt the impact, and it took almost a 1/4 mile for him to pull over. This is what we found...




Cukai Perkhidmatan Prabayar 6% Bermula 1 Julai 2012?
Sebelum ini Cukai Perkhidmatan Prabayar 6% pernah cuba dikenakan kepada para penggunanya. Tetapi tidak semudah yang disangka apabila tindakan tersebut menerima bantahan yang cukup hebat daripada kalangan pengguna prabayar. Akhirnya……
Akhirnya tindakan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, bagi meredakan keadaan pada masa itu. Tetapi sekarang semboyan mengenakan semula cukai perkhidmatan prabayar sebanyak 6% dimainkan semula dan dijangka akan dilaksanakan sekitar 1 Julai 2012.
KUALA LUMPUR, (Bernama) – Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2
peratus).Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. BERNAMA
No comments:
Post a Comment