Usaha-usaha membaiki diri ini memang susah kerana tiga faktor iaitu:
1. Memerlukan mujahadatun nafsi yang serius.
3. Banyak halangan dan rintangan yang menyekat iaitu dunia dan tarikannya serta keluarga dan sahabat-handai yang melalaikan kita.
Kalau
begitu halnya, apa yang patut kita buat untuk mengatasi keadaan ini? Apa pula
pendorong untuk kita terus berjuang membaiki diri? Jawapannya ialah ilmu
rohaniah inilah pendorongnya. Yang patut kita buat ialah:
2.
Bangkitkan kesedaran jiwa.
Kedua-dua
ini hendaklah dibuat melalui tafakur. Antara perkara-perkara yang boleh kita
tafakurkan ialah:
A.
Lemahnya diri kita
Mari
kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati
kita bahawa kita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina.
Buktinya:
1.
Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau tercucuk duri yang
halus dapatkah kita menahan bisanya? Itupun sudah terlalu sakit, sudah tidak
tertahan lagi rasanya. Itulah tanda lemahnya kita. Bolehkah kita melihat kalau
jarum tercucuk di mata kita? Bolehkah kita bernafas kalau air tersumbat di
hidung kita? Tentu tidak boleh. Itulah tanda lemahnya kita ini. Apatah lagi
kalau Allah tarik satu sahaja urat saraf kita, meranalah kita seumur
hidup.
2.
Bolehkah kita elak dari orang caci maki dan kata kita?
3.
Bolehkah kita menolak dari bencana alam yang melanda mengejut pada kita? Tentu
tidak boleh walaupun berkumpul seluruh tenaga makhluk yang berada di langit dan
di bumi. Bencana alam tetap terjadi juga. Kita tidak mampu menahannya. Banjir
yang melanda, datangnya tidak mampu diempang. Angin taufan, ribut yang
mengangkat dan menghumban, tidak mampu kita membendungnya. Gempa bumi yang
dahsyat yang membunuh segala hidupan, tidak kuasa manusia menahannya. Lemahnya
manusia ini.
4.
Dapatkah kita menahan kematian orang yang kita cintai? Akhirnya kita juga akan
mati. Dapatkah kita menolaknya? Tentu tidak mampu. Betapa lemah dan hinanya
kita. Sudah mati jadi bangkai. Tidak seorang pun yang mahukan jasad kita itu.
Isteri tidak mahu. Suami tidak mahu. Anak-anak pun tidak mahu. Ibu ayah tidak
mahu. Kekasih pun tidak mahu. Sebab itulah orang hantar cepat-cepat ke kubur
kerana kalau dibiarkan, busuk! Bila dinilai bukti-bukti tadi menggambarkan
betapa hinanya kita. Cuba kita rasakan kehinaan dan kelemahan itu setiap ketika
dan kita bawa perasaan itu di mana-mana.
Hitung-hitungkan
pula nikmat-nikmat yang ada pada kita. Mata, hidung, mulut, telinga, kaki,
tangan, akal dan lain-lain lagi yang sangat penting untuk kehidupan kita
itu.
Fikirkanlah
tentang akal yang dikurniakan pada kita. Alangkah berharganya. Dengan
akal
itulah kita jadi cerdik, pandai dan bijaksana. Dengan akal itu juga kita
membelah bumi, menerobos angkasa, menguasai lautan dan daratan. Kita bebas buat
apa saja semahu-mahunya. Hatta jadi kaya-raya dan berkuasa. Menungkanlah, apakah
layak akal yang begitu mahal kita gunakan hanya semata-mata untuk meruntuhkan
tamadun manusia dengan berperang dan membunuh? Rasakan di hati takut pada Tuhan
kerana sebelumnya kita tidak gunakan akal itu untuk memikirkan kebesaran-Nya dan
nikmat-nikmat pemberian-Nya yang ada pada kita.
C.
Nikmat di luar diri kita
Fikirkan
dan hitungkan pula nikmat-nikmat Allah yang berada di luar diri kita. Hitung
berapa banyak harta, duit, rumah, kereta, perabot, pinggan mangkuk, periuk
belanga, kain baju, kasut, barang kemas, makanan yang kita simpan, berapa jenis
lauk yang dimakan untuk satu hari, berapa banyak kenderaan kita, kebun,
anak-anak, isteri-isteri, kawan-kawan, pengikut-pengikut, pembantu-pembantu,
udara yang dihirup, bumi yang dipijak, cahaya matahari yang kita dapat manfaat
darinya. Rasakan di hati bahawa alangkah banyaknya kurniaan Allah pada kita
selama ini.
Kemudian
pandang ke langit. Lihatlah besarnya ciptaan Tu-han itu. Tergantung tanpa tiang.
Walhal rumah kita yang kecil pun ada tiangnya. Bumi yang terhampar tempat kita
berpijak, sangat berguna pada kita. Saksikanlah matahari yang turun naik, yang
cahayanya sangat memberi manfaat, yang menjadikan silih bergantinya siang dan
malam, memberi peluang untuk kita bekerja dan rehat. Menjadikan waktu yang
bermusim juga sangat berfaedah pada manusia. Air yang disedut naik, hujan yang
turun, ini memberi bekalan air untuk seluruh hidupan. Memeriahkan alam dengan
cahaya. Tenaga solar serta tenaga elektriknya. Rasakan ke dalam hati kita betapa
pentingnya ini semua. Rasakan betapa perlunya nikmat-nikmat ini dalam kehidupan
kita.
Fikirkanlah!
Bolehkah manusia mencipta tanah, api dan air itu? Dapatkah kita tumbuhkan pokok?
Yang kayunya kita gunakan untuk membuat rumah itu? Dapatkah kita buat segala
keperluan-keperluan asas yang jadi peralatan hidup kita itu? Bolehkah hidup
tanpa kita gunakan barang-barang ciptaan Allah itu? Tentu tidak. Oleh itu
datangkan rasa insaf pada diri kita bahawa kita tidak mampu mengadakan itu
semua.
Bila
kita sedar begitu barulah kita terasa perlunya Allah itu pada kita. Barulah kita
terasa patut kita menyembah-Nya. Barulah terasa patut kita taat perintah-Nya.
Kalau begitu bukankah patut kita patuh kepada-Nya. Bukankah patut kita jadikan
Allah itu Tuhan kita. Tidaklah kita hendak bertuhankan diri kita lagi. Inilah
pendorong untuk kita beribadah.
D.
Kehidupan selepas mati
Lihatlah
kepada kehebatan dunia ini. Semua yang kita miliki itu nanti akan terlucut dari
kita kerana dunia ini negara yang fana. Allah jadikan kita bukan untuk tinggal
terus di sini buat selama-lamanya. Tetapi akan mati dan pulang ke negara asal,
negara Akhirat yang kekal lagi abadi. Yakni Syurganya kekal, Nerakanya juga
kekal. Nikmatnya kekal, azab siksanya pun kekal.
Cuba
kita rasakan nikmat Syurga yang kekal itu. Tiada bandingan dan tandingannya.
MasyaAllah terlalu hebat! Patah lidah untuk mengungkapnya. Tiada bahasa yang
dapat menggambarkannya. Tiada mampu mata pena untuk menulisnya. Mahligainya saja
sudah seluas langit dan bumi, dibuat daripada emas, permata, dinding yang
berkilau-kilau cahayanya, atapnya intan berlian yang tidak terkata indahnya dan
nikmat berada di dalamnya. Seorang yang bertaqwa saja memiliki berpuluh-puluh
buah bandar. Kalau rumahnya saja seluas langit dan bumi, agaknya berapa pula
luas sebuah bandar? Apatah lagi kalau berpuluh-puluh buah bandar. Tentulah tidak
dapat hendak dibayangkan betapa luasnya bandar-bandar kepunyaan seseorang itu.
Tidak dapat pena menulisnya. Tidak ada kiraan di dunia ini. Peralatan mewah
dalam mahligai itu pula tidak pernah rosakrosak. Bahkan makin dipandang, makin
cantik. Semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya. Dua kali pandang,
lain pula cantiknya. Tidak pernah jemu-jemu menikmatinya.
Kenderaan
di Akhirat pula ialah apa saja yang kita inginkan. Teringat saja, sekelip mata
datang. Teringat hendak naik kapal terbang, niat saja terus berada dalam kapal
terbang yang diidamidamkan. Terbanglah selaju mana yang kita mahu dan ke mana
saja yang kita ingin tuju, tidak pernah rasa bimbang dan cemas. Kalau naik kapal
terbang dunia, hati selalu diragut takut tetapi di Akhirat, kalau ingin jatuh,
ia jatuh tapi tidak sakit. Sebaliknya tetap lazat.
Rasakan
pula nikmat di Akhirat itu tidak pernah lapar-lapar. Atau tidak pernah
haus-haus. Sentiasa kenyang. Makanan yang kita makan tidak pernah menjemukan.
Sebab rasanya berlainan. Suapan pertama dengan yang kedua, berlainan rasanya.
Begitulah seterusnya. Untuk satu jenis buah, kita akan dapat berpuluhpuluh jenis
rasa. Jadi tidak pernah jemu memakannya. Makin dimakan makin hendak dan semakin
lazat. Demikian juga dengan jenis-jenis makanan yang lain. Makanlah sebanyak
mana pun tidak akan memudaratkan. Tidak menyakitkan perut. Tidak juga susah
payah untuk ke jamban. Tidak payah buang najis yang busuk itu. Tidak ada istilah
tahi lagi seperti tahi mata, tahi telinga dan tahi gigi. Semuanya sedap-sedap,
baik-baik, lazat dan indah-indah sahaja. Hatta peluh kita pun berbau
wangi.
Rasakan
pula setiap orang bertaqwa itu hadiahnya ialah bidadari-bidadari yang cantik
jelita. Bukan seorang tetapi berpuluh-puluh dan beratus-ratus orang, yang nikmat
dan ke-puasannya tiada tolok bandingannya dengan dunia ini. Seperti firman Allah
dalam Al Quran: “Mereka bertelekan di atas dipandipan berderetan dan
Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli. Dan
Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang
mereka inginkan. Di dalam Syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang
isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tidak pula
perbuatan dosa. Dan sekeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk melayani
mereka, seakan mereka itu mutiara yang tersimpan.” (At Thur: 20 – 24)
Kemudian
kita rasakan ke lubuk hati kita betapa azabnya Neraka yang kekal itu.
Penderitaannya amat dahsyat dan mengerikan. Tidak dapat hendak ditulis dengan
mata pena kedahsyatannya itu. Api yang dahsyat itu 70 kali ganda panasnya dari
panas api dunia. Api di dunia pun kita tidak boleh pegang, apatah lagi api
Neraka. Kita berada dalam rumah api, dinding api, bumbung api, lantainya api,
makanannya api, minumannya api, pakaiannya api, bantalnya api dan segala-galanya
dalam api. Apabila hancur daging-daging tubuh kita maka digantikan dengan daging
baru, dibakar lagi hingga jadi bara dan diganti lagi.
Begitulah
terus-menerus. Rasakan di hati, aduh, betapa sakitnya. Dahsyat dan ngeri.
Rasakan di hati takut yang amat sangat. Di penjara Akhirat itu, seluruh kaki
tangan diikat dan disatukan. Dihumban dan tenggelam di dalam api yang ombaknya
bergelombang, menggulung dan membakar. Bila tubuh kita jadi bara dan hangus,
diganti dengan kulit yang baru, kemudian diseksa lagi. Di samping itu malaikat
Zabaniah yang tidak pernah senyum-senyum mencemeti terus setiap detik hingga
jadi hancur-lebur, bersepai-sepai.
Gambarkan
betapa dahsyatnya azab yang pedih itu yang tidak akan tertanggung oleh kita. Itu
baru sedikit gambaran yang dapat digambarkan. Tidak akan tertulis hal keadaan
yang sebenarnya betapa rasa azab itu. Yang diceritakan itupun sudah cukup untuk
menggambarkan betapa ngerinya.
Kemudian
datangkan rasa takut itu berterusan di hati kita. Di sana tidak ada yang boleh
membela dan membantunya. Pangkat kita, kereta menjalar, pengikut-pengikut,
pemimpin-pemimpin, ibu ayah, suami, isteri, anak-anak dan sahabat-handai kita,
seorang pun tidak menjenguk kita. Tidak ada sebarang makhluk pun yang akan
datang menolong meringankan penderitaan yang maha dahsyat itu. Rasakanlah di
hati, kita sendirian nanti menanggung kesakitan itu, yang penderitaannya puluhan
kali ganda seperti yang disebutkan.
Kalau
kesemua rasa-rasa yang kita gambarkan di atas tadi dapat diresapkan secara
serius ke dalam hati nurani kita, langsung kita bawa hati itu ke mana-mana,
itulah yang jadi motor atau power yang kuat untuk mendorong hingga kita mudah
dan ringan untuk membaiki diri. Inilah yang dikatakan hati mukmin. Al hasil kita
tidak tergamak untuk melakukan dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Kita
akan rasa malu.
Hati
mukmin ini walaupun fizikalnya bersama dengan makhluk tetapi hatinya tetap
dengan Allah. Hatinya sentiasa meneroka alam Akhirat. Hatinya sentiasa takut
dengan Allah, rindu dengan Allah dan Syurga-Nya. Perasaan-perasaan inilah yang
akan menyelamatkan kita di dunia dan di Akhirat. Tetapi kalau kesedaran jiwa
dalam hati seseorang itu tidak ada, apakah yang akan jadi pendorong untuk
mengelak daripada kemungkaran? Apakah yang jadi pendorong untuk cinta Allah dan
hari Akhirat? Tentu tidak ada.
Kalau
perasaan ini tidak wujud di hati, apa yang akan terjadi ialah:
1.
Makin tinggi ilmu seseorang, makin alim dia, makin jahat lagi sifatnya.
2.
Bertambah kaya seseorang itu, makin dia angkuh dan sombong.
3.
Makin berkuasa seseorang itu, bertambah lagi zalim dan kejamnya.
4.
Bolehkah kita percaya dia dapat berlaku adil, tidak rasuah, tidak menipu, tidak
mencuri masa dan lain-lain lagi? Apakah jaminannya? Tentu tidak ada.
Oleh
itu sematlah perasaan-perasaan di atas. Moga-moga ia dapat membantu kita dalam
membaiki diri. Inilah jalan yang menyelamatkan kita yakni bila hati kita selalu
sedar dan insaf.
No comments:
Post a Comment