Semalam telah berlalu, biarkanlah ia pergi. Jangan ditangisi
hari semalam kerana ia tidak mungkin datang kembali. Namun bersyukur lah kepada
yang memenuhi hari semalam dengan amalan kerana esok hari belum tentu kita dapat
mengulangi lagi. Jalani hidup sebaik mungkin dan manfaatkan hari ini
sebaik-baiknya. Penuhi dengan amalan dan tanggungjawab terhadap orang-orang yang
kita sayang. Sesungguhnya hari esok belum tentu kita dapat mengembirakan
meraka.
Hari ini adalah anugerah dari Tuhan, tanamkan tekad,
perbaiki diri sebaik mungkin. Hiasi hari ini dengan amalan-amalan, membaca dan
memahami isi kandungan Al-Quran. Renungi kehidupan ini dengan sepenuh hati.
Kehidupan hari ini adalah kerana limpah kasih sayangNya. Tanamkan kebaikan
sebanyak mungkin untuk hari ini, mintalah keampunan dari Allah s.w.t dan
persiapkan diri untuk pergi jauh (menghadapNya). Lalui hari ini dengan penuh
kebahagiaan, tenang dan redha dengan apa yang telah dikurniakan.
Dengan mempersiapkan diri dan melakukan perkara-perkara itu,
kita akan sentiasa tenang dan bahagia. Seandainya kita diberikan peluang untuk
menikmati segelas air yang sejuk dan nyaman, mengapa harus kita bersedih atas
air masin yang telah kita minum semalam? Tanamkan dalam diri bahawa kita telah
diberikan peluang untuk hidup sehari lagi, iaitu hari ini mungkin juga esok dan
seterusnya.
Hidup ini adalah sebuah perjalanan, diuji untuk melihat
sejauh mana kekuatan dan keimanan. Sejauh mana kita mengutamakan hawa dan nafsu
atau mengawal diri dari diruntun oleh kemanisan dan keindahan duniawi.
Kadangkala kita dipesongkan oleh hawa nafsu dan godaan sehingga kita lupa apa
yang kita pertahankan selama ini. Nafsu yang kadangkala membuatkan kita
melanggar batas-batas yang sepatutnya dan membuatkan mata hati kita kabur dan
silap menilai kehidupan dunia ini.
Maka, perbanyakkan amal ibadat dan jauhkan diri dari
maksiat. Sentiasa perbaiki dan musahabah diri. Isilah hidup dengan amal-amal
bakti sebelum sampai ajal yang kita sendiri tidak ketahui masa datangnya.
No comments:
Post a Comment