Beberapa hari lepas saya terbaca status di facebook yang
mengatakan ' Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin'. Adakah ini fakta
atau kenyataan tanpa sandaran?. Artikel ini menjelaskannya.
-----------------------------------------------
Oleh : ABDULLAH
BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
Seringkali dicanang dan
dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television
bahawa sebaik-baik jin adalah
sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini
meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan
hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai
sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai
dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu
dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada
perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada
alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca
Al-Quran dan Al-Sunnah.
janganlah kamu
diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu
dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf
:27)
Hanya kedua-dua sumber
itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan
buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan
Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak
berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina
iman dan minda.
Kenyataan yang terlalu
umum "sebaik-baik jin
adalah sejahat-jahat manusia" ini secara tidak
langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut
kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang
bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia
mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman
[55:31-36]).
Generasi awal jin Islam
yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi
kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang
bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya
kenyataan "sebaik-baik jin
adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang,
kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh
lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para
sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini
juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan
mereka.
Firman
Allah:
"Wahai sekalian jin dan
manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu
sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan
yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat)
ini?")
(Al-An'am :
130)
Hakikatnya, para rasul
hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam
ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang
mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir
al-Razi). Kisah mereka ini
boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut
merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan
jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah
Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama
hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama
golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang
disebut adalah Zawba'ah,
Al-Adras, Hasir, Khasir dan
sebagainya (Al-Isabah fi
Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir
pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti
harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap
manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan
hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca
daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan
manusia.
Firman Allah
SWT:
"Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak
merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah:
"Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah
orang-orang musyrik."(Al-Rum :
41-42)
Oleh itu, pihak yang
selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada
sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus
berlaku.
No comments:
Post a Comment