BISMILLAH...
Tahukah anda bahawa
kita semua pasti akan dihadiri oleh seorang tetamu terakhir yang
istimewa?
Siapakah tetamu terakhir yang akan
mengunjungi kita nanti? Kenapa dia menziarahi kita dan bilakah
kehadirannya?
Ketahuilah! dia datang bukan
kerana inginkan harta kita atau ingin menikmati hidangan lazat bersama kita atau
menuntut hutangnya atau meminta bantuan tenaga kita.Itu semua bukan maksud
kehadiran tetamu terakhir ini.Tetamu ini datang untuk satu urusan penting
yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini
tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut.
Walaupun anda tinggal di
istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di
menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat menghalang
kunjungannya.
Untuk menemui kita dia tidak
perlu pintu masuk atau meminta izin atau membuat temujanji terlebih dahulu
sebelum datang. Ia akan datang bila-bila masa dan dalam keadaan apapun; ketika
kita sedang sibuk ataupun lapang, ketika sihat ataupun sakit, ketika kaya atau
fakir, ketika musafir atau pun menetap di tempat kita!!
Tetamu terakhir ini tidak
memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan, tangisan atau
jeritan atau sahabat-sahabat yang menolong kita. Ia tidak akan memberi ruang
kepada kita walau sekejap pun untuk menangguhkan ‘urusan’ yang dibawa
olehnya.
Kalau pun kita berusaha
memberinya hadiah atau cuba untuk menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab
seluruh harta itu tidak bererti apa-apa baginya. Dia tetap akan menyelesaikan
tugas yang dibawa olehnya.
Sungguh! Ia hanya menginginkan
diri kita sahaja, bukan orang lain! Ia ingin kematian dan mencabut nyawa kita !
siapakah tetamu terakhir ini?
Dia ialah MALAIKAT MAUT!!!
Allah s.w.t berfirman, artinya:
"Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang
ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kita; kemudian hanya kepada
Tuhanmulah kita akan dikembalikan." (Al-Sajdah: 11)
Dan firmanNya,
artinya:
"Sehingga apabila datang kematian kepada
salah seorang di antara kita, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan
malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (Al-An'am: 61)
Kunjungannya adalah rahsia. Kehadirannya
adalah tiba-tiba. Ketibaannya pasti dirasai oleh kita semua. Persiapkanlah diri
kita dengan iman yang murni dan dengan amal soleh yang sebanyak-banyaknya agar
tiada penyesalan, tangisan dan penderitaan yang akan menimpa kita bila tiba masa
ketibaan tetamu terakhir ini.
WALLAHU TA’ALA
A’LAM
No comments:
Post a Comment