Bermula dari awal surah al-fatihah, al-baqarah dan seterusnya
sehingga surah al-nas. Bukan sekejap untuk sekali khatam. Ia memakan masa
berbulan-bulan malah boleh jadi bertahun. Bukan banyak pun yang dibaca,
memadailah dengan satu hizb atau semuka lebih setiap kali baca. Kerana amalan
yang paling disukai oleh Allah ialah yang berkekalan walau pun hanya sedikit.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Amalan yang paling disukai oleh
Allah ialah yang berkekalan walau pun sedikit. (Riwayat Imam al-Bukhari dan
Muslim)
Setiap insan sememangnya sibuk dengan urusan
masing-masing dan mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk merehatkan minda
daripada kepenatan setelah sehari suntuk bekerja.
Ada orang menggunakan
masa yang ada dengan bersukan, membaca akhbar, majalah, novel, melayari
internet, bersosial di alam maya menggunakan facebook yang merupakan kegilaan
ramai pada masa kini dan lain-lain aktiviti.
Namun perlu diingatkan
jangan kerana kesibukan dan keasyikan kita dengan hobi tertentu menjadikan kita
lupa untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Qur’an. Sesungguhnya ketenangan
dan ketenteraman dapat diperoleh dari Al-Qur’an.
Hal ini berdasarkan
firman Allah, “Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
(Qs. ar-Ra’d: 28)
Dari Abdullah bin Mas’ud radiallohu ‘anhu Rasulullah
saw bersabda,
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an maka
baginya kebaikan sepuluh kali lipat, aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu
huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, Mim satu huruf.” (Shahih
HR.Tirmidzi)
Dan bahkan, iri terhadap mereka yang telah mengamalkan
Al-Qur’an, dibolehkan. Dari Ibnu Umar radiallohu ‘anhu yang meriwayatkan dari
Nabi shallallahu ‘alaihi wassallam bahwasannya beliau bersabda,
“Tidak
berlaku iri kecuali terhadap dua orang, seseorang yang dianugrahi Alloh
Al-Qur’an lantas dia mengamalkannya sepanjang malam dan sepanjang siang dan
seseorang yang dianugerahi Allah harta lantas dia menginfakkannya sepanjang
malam dan sepanjang siang.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain itu terdapat
permisalan yang baik bagi yang membaca Al-Qur’an, karena Rasululloh pernah
bersabda, “Permisalan seorang muslim yang membaca Al-Qur’an bagaikan buah jeruk,
baunya wangi dan rasanya lezat, sedangkan orang mukmin yang tidak membaca
al-Qur’an bagaikan buah kurma yang tidak ada baunya dan rasanya manis.
Permisalan orang munafik yang membaca Al-Qur’an bagaikan kemangi yang baunya
wangi rasanya pahit, sedangkan orang munafik yang tidak membaca al-Qur’an
bagaikan labu yang tidak ad wanginya dan rasanya pahit.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Begitu banyak dan besar kelebihan yang disediakan untuk sesiapa
yang membaca al-Quran berdasarkan beberapa hadis di atas.
Wahai
saudaraku, bacalah al-Quran setiap hari sebagaimana anda dapat berikan masa
kepada hobi kesukaan anda. Jangan sampai waktu kita tidak ada sedikitpun ruang
untuk membaca Al-Qur’an. Berusahalah, walaupun hanya sekejap. Jangan kita
menyesal tak sudah bila usia kita yang pendek ini berakhir dengan dijemput
Malakul maut. Semoga Allah memberi kekuatan iman dan bimbinganNya agar kita
semua dapat melaksanakan amal soleh yang utama ini...amiin.
Abu Aqil
Adnan
No comments:
Post a Comment