Dalam
al-Quran Allah SWT merakamkan banyak kisah-kisah yang pelik dan mengkagumkan
sebagai tanda kekuasaan dan keagunganNya . Salah satu daripadanya ialah kisah
ashabul kahfi yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun. Surah al-kahfi
menceritakan kegigihan pemuda-pemuda
yang berusaha memelihara keimanan mereka. Firman Allah :
“ Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu
mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan Kami adalah Tuhan seluruh langit
dan bumi; Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya Kami
kalau demikian telah mengucapkan Perkataan yang Amat jauh dari kebenaran".(
Surah al-Kahfi :14)
Pada
awalnya mereka beriman secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh kaum mereka.
Mereka menjalani kehidupan dalam masyarakat yang menyembah berhala dengan
diperintah oleh raja zalim yang akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang
menganut agama selain agamanya yang batil.
Pemuda-pemuda
ini kekal beribadat kepada Allah SWT dengan agama Nabi Isa a.s sehinggalah
rahsia keimanan mereka terbongkar. Maka raja mengancam akan merejam mereka
sehingga mati sekiranya mereka tidak menganut agama menyembah
berhala.
Mereka
berbincang untuk mencari jalan selamat daripada dibunuh oleh raja yang zalim
itu. Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar mereka mengasingkan diri
dengan bersembunyi di sebuah gua yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Mereka
bersetuju dan keluar menuju ke gua tersebut dalam keadaan mereka berdoa kepada
Allah agar sentiasa dirahmati Allah SWT dan mempermudahkan semua urusan
mereka.
(ingatlah) tatkala Para pemuda itu mencari tempat berlindung ke
dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada Kami
dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang Lurus dalam urusan Kami
(ini)." ( Surah al-Kahfi :10)
Allah
SWT memudahkan urusan mereka dengan melapangkan lubang gua serta menempatkan
pintunya di sebelah utara, sehingga tidak terkena sinar matahari sama ada baik
ketika terbit atau ketika terbenam, dan mereka tertidur dalam gua di bawah
penjagaan serta perlindungan Allah SWT selama tiga ratus sembilan tahun. Firman
Allah SWT ;
17.
dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah
kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka
berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka
Dialah yang mendapat petunjuk; dan Barangsiapa yang disesatkan-Nya, Maka kamu
tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk
kepadanya.
18.
dan kamu mengira mereka itu bangun, Padahal mereka tidur; dan Kami
balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan
kedua lengannya di muka pintu gua. dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah
kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu
akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.
Kemudian
Allah SWT membangkitkan mereka dari lena yang panjang. Salah seorang diutus agar
pergi ke Bandar untuk mendapatkan makanan dengan membawa beberapa wang perak.
Mereka berpesan agar menjaga rahsia dan jangan memaklumkan kepada sesiapa
perihal mereka kerana takut akan mengancam agama mereka. Firman Allah
:
19.
dan Demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara
mereka sendiri. berkatalah salah seorang di antara mereka: sudah berapa lamakah
kamu berada (disini?)". mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau
setengah hari". berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa
lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk
pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah Dia Lihat manakah
makanan yang lebih baik, Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan
hendaklah ia Berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu
kepada seorangpun.
Bila
tiba di bandar dia mendapati suasana yang jauh berbeza dengan suasana yang tidak
pernah dilihat sebelum ini. Dia bertanya penduduk di situ tentang ahli
keluarganya dan sahabat-sahabat tetapi mereka tidak
mengenalinya.
Lebih
memeranjatkannya dia mendapati penduduk di situ beriman, beramal soleh dan
bertakwa dengan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya. Sungguh
ajaib.
Kemudian
dia dibawa berjumpa dengan raja pada masa itu yang juga beriman kepada Allah
SWT. Dia menceritakan kisahnya dan teman-temannya dengan panjang lebar. Maka
raja tersebut memuliakannya dengan setinggi-tinggi
penghormatan.
Kemudian
dia pulang kepada teman-temannya dan menceritakan peristiwa yang dialaminya. Mereka berasa bimbang perkara itu
akan menyebabkan mereka disembah dan diagungkan oleh orang ramai sepertimana
yang berlaku kepada Nabi Isa a.s. Oleh itu mereka berdoa memohon kepada Allah
agar dicabut roh-roh mereka. Maka Allah memakbulkan doa mereka.
Orang
ramai yang datang untuk berjumpa dengan mereka mendapati mereka semua telah
meninggal dunia di gua tersebut. Mereka berbincang untuk membina bangunan agar
boleh dilawati dan ada yang mencadangkan agar dibina sebuah masjid agar dapat
beribadat kepada Allah di situ. Maka mereka membina sebuah masjid dan menulis
nama-nama Ashabul kahfi padanya. Firman Allah SWT :
21.
dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu
mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak
ada keraguan padanya. ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan
mereka[877], orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua)
mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". orang-orang yang berkuasa
atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya Kami akan mendirikan sebuah rumah
peribadatan di atasnya".
Pengajaran
daripada kisah ashabul kahfi :
1-
Tanda kekuasaan dan kudrat Allah tiada batasan dan
sempadan.
2-
Menetapkan akan berlakunya hari kiamat dan hari
kebangkitan.
3-
Kewajipan menjaga iman dan Islam.
4-
Hanya kepada Allah tempat bergantung dan memohon
pertolongan.
5-
Digalakkan mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang ramai yang fasik dan
boleh
menyebabkan
agama terfitnah.
6-
Bermesyuarat dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu
masalah.
7-
Berhati-hati dan berwaspada daripada ditimpa bahaya.
8-
Allah SWT membantu hambaNya yang bertawakkal dan berharap
kepadaNya.
9-
Diharuskan berjual beli dengan menghantar wakil.
10.
Berwaspada agar terselamat dan bebas dari syirik dan khurafat sama ada berlaku
kepada diri sendiri atau orang lain.
11.
Amalkan doa yang dibaca oleh Ashabul kahfi iaitu :
رَبَّنَاآتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ
أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai
Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada Kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi
Kami petunjuk yang lulus dalam urusan kami
Semoga
kisah yang ajaib ini dapat merangsang iman kita dan dapat memotivasikan diri
agar sentiasa komited dengan iman dan Islam. Berusaha dan tekadkan pergantungan
hanya kepada Allah SWT dalam segala urusan. Insya Allah, jalan penyelesaian akan
ditemui.
Sumber
: Qasas al-Quran Min Adam a.s Ila Ashab al- Fil, Doktor Muhammad Bakr Ismail,
Darul Manar, 1997.
No comments:
Post a Comment